(Gambar & Video) Oki Setiana Dewi Di Kelantan 9 & 10 Mac 2012

on Saturday, March 10, 2012

Oki Setiana Dewi@Anna Althafunnisa lawat Kelantan
Heroin Filem Ketika Cinta Bertasbih ini benar-benar menarik minat ramai orang melalui perwatakannya dan juga luarannya yang lemah lembut dan sopan itu. Anna atau nama sebenarnya Oki Setiana Dewi ini datang ke Kelantan bersempena Program Hari Hiburan Islam (HAI) yang bermula semalam 9 Mac dan berakhir pada hari ini di Kelantan.

moreOki Setiana Dewi dijemput untuk mengisi slot Program Bicara Selebriti (Manisnya Hidayah-Mu) disamping mempromosikan buku hasil tulisan beliau iaitu ‘Melukis Pelangi’ dan ‘Sejuta Pelangi’. Rancangan Bicara Selebriti telahpun berlangsung semalam pada jam 9 malam di Kelantan Trade Centre dan akan ditayangkan secara langsung melalui TV Kelantan. Pada 10 Mac pula Oki Setiana Dewi akan berada di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan untuk mempromosikan buku terbarunya.

Oki Setiana Dewi juga berkesempatan mengikuti pengajian kitab yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pagi semalam.

Perasaan teruja dan gembira jelas terpamer di wajah Oki Setiana Dewi ini. Jom kita saksikan beberapa gambar dan video Oki Setiana Dewi yang dijemput ke Kelantan ini.

Oki Setiana Dewi Melawat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Oki Setiana Dewi Datang ke Kuliah Tuan Guru Nik Aziz

Video Promo Oki Setiana Dewi Datang Kelantan



Video Oki Setiana Dewi melawat Masjid Beijing Rantau Panjang

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved