Tonton Lawak Ke Der 2012 Full

on Friday, March 23, 2012


Persembahan Lawak Ke, Der? yang diadakan selama dua jam di Istana Budaya ternyata menghiburkan para penonton. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan Lawak Ke Der 2012 di Istana Budaya atau di Astro Box Office, anda boleh menyaksikan video youtube Lawak Ke Der 2012 Full movie di OneNewsHub.

Sinopsis Lawak Ke Der 2012 Full

Boboi yang popular dengan karakter ‘Datin Maimun’ di MLM ternyata memberikan persembahan hebat yang mampu mencuit hati penonton dengan gaya rambutnya yang besar dan lenggok tubuh menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik. Kemudian lagu ‘Ghost Buster’ yang diubah liriknya kepada cerita pembasmi hantu dan orang minyak yang dilakonkan oleh Harun juga menjadi tarikan sehinggakan para penonton yang mungkin peminat setia MLM turut menyanyi bersama-sama dengan kumpulan itu. Kemunculan Harith juga antara ditunggu-tunggu kerana dia yang lebih kerap muncul di acara-acara besar dan korporat buat pertama kalinya bergandingan dengan pelawak-pelawak televisyen secara terbuka. Ternyata, persembahan Harith yang banyak menggunakan bahasa Inggeris bukanlah satu penghalang untuk penonton bergelak ketawa dengan lawak yang dibuatnya itu. Harith banyak menceritakan tentang perbezaan zaman dahulu dan sekarang daripada segi penghasilan lirik lagu, kehidupan kekeluargaan dan percintaan. Nabil pula, selaku pengacara malam itu akan muncul berselang seli dia antara pelawak-pelawak tersebut.

Tonton Video Youtube Lawak Ke Der 2012 Full



9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved