Gambar Jersi Baru Malaysia 2013

on Monday, November 12, 2012

Harimau Malaya baru sahaja diperkenalkan dan dilancarkan di Wisma FAM pada pagi tadi. Tidak keterlaluan jika admin katakan tiada peningkatan ketara dalam corak baru ini cuma ianya dilihat lebih simple dan kemas sesuai dengan misi Harimau Malaya mahu menjadi gergasi bolasepak serantau.

Corak jersi baru Malaysia juga dilihat hampir sama dengan corak lama yang pernah dipakai skuad kebangsaan tidak lama dahulu. Masa tu ada gambar Dollah Salleh pakai baju berkenaan.

Apapun semoga jersi tidak dijadikan alasan kebangkitan atau penurunan prestasi skuad kebangsaan kerana harapan seluruh rakyat Malaysia mahu melihat Harimau Malaya sekali lagi menjadi jagoan Asean. Jersi baru Malaysia – Harimau Malaya 2012 ini akan dijual bermula 15 November 2012 ini dengan harga runcit RM229.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved