Senarai Pemain Skuad Impian Johor 2013

on Friday, November 2, 2012

Fuh, nampaknya Johor (sebelum ini dikenali sebagai Johor FC) sememangnya mempunyai hajat besar untuk kejuaraan kejuaraan Liga M musim depan. Antara pemain bintang yang sudah sah menyertai Johor 2013 adalah Daniel Guiza, merupakan bintang EURO 2008 Sepanyol yang kini beraksi bersama pasukan Getafe dalam La Liga.

Pemain lain yang sudah mengesahkan akan menandatangani kontrak dengan Johor adalah Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad, Azmi Muslim, dan Kapten Selangor Safiq Rahim. Kini mereka sedang berusaha untuk membawa masuk Pemain Paling Bernilai – Anugerah Bola Sepak Malaysia 2012, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan Daudsu Jamaluddin. Dengan itu lengkaplah pasukan impian Johor 2013.

Namun usaha mereka masih 50-50 dengan pemain dari Kelantan masih mempunyai kontrak dengan pasukan selain ada yang belum memberi kata putus samada mahu berpindah atau tidak. Jika Johor 2013 mampu mengumpulkan pemain berkenaan, mereka mungkin boleh digelar ‘The New Manchester City’ setelah dibarisi pemain bintang Liga Malaysia. Adakah mereka mampu mencabar kejuaraan musim hadapan masih belum dapat dipastikan lagi, kerana jika ikut sejarah, pasukan yang dibarisi pemain bintang dalam Liga Malaysia selalunya berjaya memberi cabaran yang diharapkan.

Senarai Pemain Impian Johor 2013
  • Penjaga Gol – ?
  • Pemain Pertahanan – Daudsu Jamaluddin, Azmi Muslim, Aidil Zafuan, Muslim Ahmad
  • Pemain Tengah – Nurul Azwan Roya, Safiq Rahim, Zaquan Adha
  • Penyerang – Daniel Guiza, Norshahrul Idlan Talaha
Siapa yang bakal berada di posisi penjaga gol masih lagi menjadi tanda tanya. Sebelum ini Johor dikhabarkan cuba membawa masuk Khairul Fahmi Che Mat (Apek) namun Apek dikhabarkan tidak akan berpindah. Jadi, siapa lagi yang layak untuk mengisi kekosongan berkenaan?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved