Sinopsis Drama Terlanjur Cinta TV9

on Sunday, November 18, 2012

 
Drama Terlanjur Cinta akan mengisi slot Ratu TV9 bermula 20 November 2012 menggantikan drama Dendam Pencinta. Terlanjur Cinta diarahkan oleh Erma Fatima dan menampilkan pelakon seperti Siti Saleha, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Terlanjur Cinta

Mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati. Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat. Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved