Sinopsis Drama Hanya Pada Mu – Slot Zehra TV3

on Sunday, December 23, 2012

Drama terbaru di Slot Zehra TV3 bertajuk Hanya Pada Mu akan menggantikan drama Runtun Qalbu yang baru sahaja berakhir. Drama 13 episod arahan Faisal Ishak akan disiarkan bermula 28 Disember 2012. Antara pelakon yang membintangi drama Hanya Pada Mu ialah Beto Kushairy, Zahiril Adzim, Nazeera Sardi, Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal.

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu
Mengisahkan anak yatim piatu Adawiyah yang tinggal bersama ibu bapa saudaranya Sabariah dan Omar. Namun, Adawiyah dibenci oleh Sabariah. Bila bapa saudaranya Omar meninggal dunia, Adawiyah diberhentikan sekolah walaupun dia seorang yang pintar di sekolah. Anak Sabariah, Bukhari menegur ibunya namun tidak diendahkan. Bukhari kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Selepas pemergian Bukhari, dia dihantar ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, ramai yang dengki padanya dan diugut oleh pekerja kantin. 8 tahun kemudian, Arman yang dalam keadaan tidak terurus bertembung dengan Adawiyah gadis ayu di tepi pantai.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved