Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon bagi kemasukan Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara atas talian.
Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2013 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2013.
- Pelajar yang berjaya & bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
- Surat Tawaran & lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.
- Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara atas talian.
- Laman web bagi membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2013 dijangka akan dibuka pada minggu hadapan.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
- Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.


{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment