Video Setia Hujung Nyawa Episod 5

on Monday, December 31, 2012

 
Drama Setia Hujung Nyawa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Ikuti kesudahan drama Setia Hujung Nyawa Episod 5 secara online di sini.

Sinopsis Setia Hujung Nyawa Episod 5

Sofea dan Netty bertemu di kelab malam untuk raikan harijadi Netty. Pada mulanya Sofea menolak tapi pujukan Netty yang tak selalu balik ke Malaysia mencairkannya. Sofea didesak lagi oleh Netty untuk bekerja dengannya kerana takkan bahagia perkahwinan jika tak direstui mertua. Tanpa disedari Sofea, ketika keluar dari kelab malam itu, Datin Adibah sedang berada dalam keretanya tak jauh dari situ. Datin Adibah terkejut kerana Sofea langsung tak menghormati permintaannya malah menipunya. Datin Adibah merakam video gelagat Sofea dan Netty yang dalam keadaan mabuk itu. Seminggu sebelum bernikah, Sofea bertandang ke rumah Datin Adibah atas pujukan Zain. Ketika berduaan, Datin Adibah beri amaran yang dia mahukan menantunya duduk di rumah, beri padanya cucu seramai mungkin dan tak mahu menantu yang gila bersosial serta mabuk-mabuk. Sofea pertahankan diri yang dia sudah berubah.

Video Youtube Setia Hujung Nyawa Episod 5

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved