Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.
Semakan BR1M 2.0 Online 2013:
Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:
- Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
- Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:
- Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
- Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?
- Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
- Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
- Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
- Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

{ 17 comments... read them below or add one }
mana linknya??
February 5, 2013 at 10:38 PM
kan bagus klu ada link nya
February 14, 2013 at 1:37 AM
Cal asyik busy je pe ke hal???
February 14, 2013 at 4:15 PM
Ini semua POYOOOO!!!!!!!!!!!!!!!
February 14, 2013 at 7:59 PM
mcm mane nak cek
February 14, 2013 at 8:49 PM
benci lah.call xpnh dpt.asik bz je
February 15, 2013 at 4:10 PM
mcm mna nk cek kputusan permohonan samada lulus atau tak?
February 15, 2013 at 6:54 PM
YAHOOO AKU DA DPT.. DI SARAWAK SENANG CHECK. KAMI MELALUI LINK NI. KORANG TRY LA KALAU DAPAT. MELALUI WEBSITE SUPP.
http://www.seek.com.my/supp/BR1M20/search.php
February 17, 2013 at 5:19 PM
macam mana nak cek keputusan 2??
February 18, 2013 at 10:06 PM
nak dekat2 jam 9pg trus call 1800222500 @ 1300883010, dlm 5 call confem tebus..slamat mcuba..
February 19, 2013 at 6:13 AM
kmu bole hantar email ke br1m@treasury.gov.my ,tinggalkn nama penuh anda dan no kad pengenalan anda.saya lulus untuk trima permohonan br1m..
February 19, 2013 at 9:31 AM
mane laa br1m ni,auta je lebih....janji tak ditepati...boikot jgn undi krajaan tahun ni
February 19, 2013 at 7:43 PM
Mata duitan hehe
February 19, 2013 at 9:17 PM
xd link ke? adoi.. nk g tepon n tnye ni la xd mase.. nk g kne cuti.. adoyai...
February 20, 2013 at 7:41 PM
Call bnyak kali pun syik busy jek..ini semua poyoooo...
March 15, 2013 at 3:21 PM
ada cara untuk semak online???
March 19, 2013 at 7:35 AM
Fade up aku...
April 7, 2013 at 10:24 AM
Post a Comment