Sinopsis Dalam Setiap Sujudnya TV9

on Monday, January 7, 2013

Drama Dalam Setiap Sujudnya akan mengisi slot Ratu TV9 bermula 8 Januari 2013 menggantikan drama Terlanjur Cinta. Dalam ini ini diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta. Antara pelakonnya ialah Nur Fathia, Azlee Khairi, Keith Foo, Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin, Aidil Aziz , Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujudnya

Membawakan watak Hendra (Keith Foo) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

LENNY JUBILEE said...

takde ending punya sinopsis ke?


February 20, 2013 at 7:42 PM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved