Sinopsis Drama Sehangat Asmara Astro

on Tuesday, January 15, 2013

Drama Sehangat Asmara arahan Feroz Kader akan menggantikan drama Adam & Hawa. Sehangat Asmara merupakan adaptasi novel karya Aisya Sofea. Antara pelakon drama Sehangat Asmara ialah Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena. Drama bersiri 33 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui anda semua di Astro Mustika HD, saluran 134 bermula 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Sinopsis Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Video Teaser Drama Sehangat Asmara

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved