Tiket Air Asia Percuma Sempena Program Integrasi 1Malaysia

on Tuesday, January 8, 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama Air Asia, yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu.

Cara Dapatkan Tiket Percuma Air Asia 2013

Semua pengguna boleh mendapatkan tiket percuma Air Asia mulai 9 Januari 2013 bermula jam 12 tengah malam. Sila layari laman web Air Asia di http://www.airasia.com untuk maklumat lanjut. Sebanyak 10 ribu tiket akan diedarkan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.

Destinasi Penerbangan Percuma

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tempoh Penerbangan Percuma

Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013

Cara Pembayaran Penerbangan

Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved