Video Setia Hujung Nyawa Episod 11

on Wednesday, January 9, 2013

 
Drama Setia Hujung Nyawa disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Ikuti kesudahan drama Setia Hujung Nyawa Episod 11 secara online di sini.

Sinopsis Setia Hujung Nyawa Episod 11

Ersalina sesekali bertandang ke kedai kek mamanya. Haliza gembira melihat Ersalina yang nampak bahagia. Datin Adibah dan Dato Hafsham pula tak sabar-sabar nak timang cucu, membuatkan Ersalina makin resah. Zain walaupun bahagia namun tidak berahsia dengan Hady tentang mereka suami isteri tidur berasingan untuk menyesuaikan keadaan. Zain juga tak menafikan mungkin sudah jatuh cinta pada Ersalina. Ersalina terserempak dengan Doktor Suria di kedai kek mamanya. Ersalina sempat bberkias agar Doktor Suria beri peluang pada Zakwan kerana abangnya amat susah terpikat dengan perempuan. Zain membawa Ersalina membeli belah, Ersalina hanya mengikut gembira. Mereka terserempak dengan Hady dan minum bersama. Meihat kemesraan Zain dan Ersalina, Hady tumpang gembira tetapi juga cemburu. Ketika Zain ke tandas, Hady berbual dengan Ersalina dan nyatakan betapa Zain bertuah memiliknya. Kalau dia jumpa Ersalina dulu, mungkin dia juga jatuh cinta pada Ersalina.

Video Youtube Setia Hujung Nyawa Episod 11

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved