Hukum Qaza’ Rambut Haram

on Friday, February 8, 2013


Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sebarkan, semoga ianya bermanfaat.
Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

apa yang saya selidik mengatakan qaza' adalah makruh. bagaimana awak boleh mengatakan haram. mintak penjelasan. terima kasih.

sumber:
http://akitiano.blogspot.com/2012/06/hadis-mencukur-sebahagian-rambut-qaza.html
http://jomfaham.blogspot.com/2012/06/hukum-qaza-mencukur-sebahagian-kepala.html


February 18, 2013 at 2:53 PM
Anonymous said...

boleh jadi haram sekiranya menyerupai kaum lain..


March 20, 2013 at 11:11 AM
Anonymous said...

Apa kena mengena jd haram pasal serupa kaum lain..


April 6, 2013 at 10:55 AM
Anonymous said...

ape la..... ko leh m'persoalkan hukum hakam dalam islam... mane agama ko??


May 9, 2013 at 3:06 PM
Enn Edris said...

Makruh pun ada perkara yg dbenci Allah.. jgn persoalkn mne agama pd org,, awk bwt tuu fikir agama takk?? Hadith da terang lagi nyata,, npe persoalkn lagi??


May 14, 2013 at 7:48 PM
Enn Edris said...

Makruh pun ada perkara agama pd or? Hadith da terang lagi nyata,, npe persoalkn lagi?


May 14, 2013 at 7:49 PM
Anonymous said...

perkara makruh adalah harus di tinggalkan krn jika kerap kali kita melakukan bnda yg sama padahal kita dah tahu ianya makruh ia kan mndatangkan haram jga..sekadar brkngsi pndpt.maaf kalau salah..


May 25, 2013 at 5:57 PM
Anonymous said...

Salam, mendekati yg makruh, menjuruskan kita kepada benda yg haram..sikit2, lama2 jadi bukit..Orang tua2 kita suka berperibahasa dan bukanlah kosong kata2 mereka..Jika kita ingin mencari keredhaan Allah..jauhi perkara makhruh dan laghaa..


September 5, 2013 at 9:47 AM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved