Permohonan Geran RM1000 SKMM

on Saturday, February 9, 2013

Nilai RM1000 adalah cukup besar sebagai dana tambahan untuk membantu para usahawan. Lebih-lebih lagi kepada usahawan online yang juga ialah suri rumah.

Peruntukan geran RM1000 ini boleh dimohon melalui laman sesawang SKMM bermula 1 Januari 2013. Namun begitu, terdapat beberapa syarat untuk memohon.

Boleh mendaftar di sini : SKMM

Syarat-syarat Permohonan Geran RM1000
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita.
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat.
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif.
  4. Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan.
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

Untuk mereka yang tidak mempunyai laman sesawang, boleh mendaftar secara percuma di www.getmybusinessonline.com.my. Anda akan mendapat pengehosan dan nama domain percuma (10 000 pertama).

Melalui dana RM1000 ini, anda boleh gunakannya untuk perkembangkan lagi perniagaan anda. Contohnya, laburkan untuk pemasaran atau pengiklanan.

Selain itu, dana daripada Geran RM1000 ini juga boleh dijadikan modal tambahan perniagaan anda. Seeloknya, rangka dan buat perancangan untuk apa Geran RM1000 ini digunakan kelak.

Tips Merangka dan Membuat Perancangan Perniagaan

Pastikan anda merangka dan merancangan dengan teliti. Mulakan dengan penelitian produk anda dan fikirkan kesesuaian dan kebaikannya. Elakkan daripada melabur tanpa pulangan.

Langkah pertama yang paling mudah ialah mengenal kekuatan dan kelemahan produk anda. Cuba senaraikan seberapa banyak kekuatan dan kelemahan produk anda.

Anda boleh melihat dari sudut harga, bungkusan, kualiti dan lain-lain. Kemudian bandingkan dengan produk lain di pasaran.

Saya yakin melalui langkah pertama ini anda akan lihat lubang dan lompong untuk anda perbaiki. Jadi, dana dari Geran RM1000 ini boleh digunakan dengan baik untuk menambah baik produk anda.

Dana dari Geran RM1000 Tidak Mencukupi

Ini mungkin terjadi apabila produk anda memerlukan kos yang lebih besar. Namun begitu, dana dari geran RM1000 ini hanya boleh dipohon sekali sahaja bagi setiap syarikat.

Jadi untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi syarikat anda, boleh mendapatkan khidmat dan nasihat dari badan-badan berwajib yang lain. Contohnya TEKUN.

TEKUN ada menyediakan pinjaman sehingga RM50000 untuk usahawan. Jadi usah risau tentang kewangan. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan jangan malu untuk berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. SUMBER
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved