Sinopsis Drama Bunga Merah Punya TV9

on Saturday, February 23, 2013

Drama Bunga Merah Punya akan mengisi Slot Aurora TV9 menggantikan drama 6 Progresif mulai 21 Februari ini. Drama bersiri 13 episod yang mendapat sentuhan pengarah muda, Zul Huzaimy Marzuki dibintangi oleh Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Zalfie Roul, Idzham Ismail, Roslan Madun, Hasnul Rahmat, dan Nasir Bilal Khan. Jangan lupa untuk menyaksikan drama Bunga Merah Punya pada setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9.

Sinopsis Bunga Merah Punya TV9

Mengisahkan Merah seorang remaja 20an yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar bersama temannya Ajit, dan Itam. Kopitiam milik abang Cu menjadi tempat mereka ‘perform’. Di atas kopitiam adalah bilik sewa yang disewa oleh Bunga. Rutin harian Bunga adalah membeli sekuntum bunga ros yang dijual oleh seorang budak perempuan, Niki yang lalu di hadapan kopitiam sebelum dia ke tadika untuk mengajar setiap pagi. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Abang Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya. Bunga memikul amanat Tok Baen untuk mencari Merah sejak merah melarikan diri dari rumah ketika berumur 10 tahun kerana merajuk dengan Tok Baen. Bunga masih ingat akan Merah, tapi tidak Merah. Disinilah cerita bermula.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved