Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi TV9

on Sunday, February 3, 2013

http://1.bp.blogspot.com/-fxMgtza5exo/UQ4eBbMzUWI/AAAAAAAAbuM/N_4C7ewC_L0/s320/cinta-jangan-pergi.jpg 
Drama Cinta Jangan Pergi akan mengisi slot Ratu TV9 bermula 26 Februari 2013 menggantikan drama Dalam Setiap Sujud. Cinta Jangan Pergi diarahkan oleh Khabir Bhatia manakala skripnya pula ditulis oleh Mira Mustaffa. Antara pelakon drama Cinta Jangan Pergi ialah Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Nadia Nissa, Esma Daniel, Ramona Zamzam dan Faradhiya.

Sinopsis Cinta Jangan Pergi
Lea Soraya merupakan seorang gadis yang sangat merancang perjalanan hidupnya. Lea yang sememangnya sedang menuntut di luar negara mengambil keputusan bercuti di Eropah ketika cuti musim panas. Sewaktu percutian tersebut Lea bertemu dengan Khalil, dan keduanya saling tertarik lantas terjalinlah ikatan cinta. Selepas tamat pengajian Lea dan khalil pulang ke Malaysia. Namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka terputus selama setahun. Sewaktu Khalil baru pulang ke Malaysia, dia berhasrat ingin membuat kejutan kepada Lea, namun mengalami kecelakaan. Bermulalah konflik percintaan antara Khalil dan Lea Soraya. Saksikan ketabahan Khalil mendapatkan cintanya semula dan saksikan juga ketabahan Lea Soraya menjalani hidup tanpa insan yang dicintainya di sisi.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved