Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1

on Sunday, March 31, 2013

 
Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan menemui penonton setiap Jumaat di slot Zehra TV3 jam 9 malam bermula 29 Mac 2013. Drama 13 episod ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1 secara online di sini.

Video Youtube Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1

Video Youtube Duri Di Hati Episod 15

 
Drama Duri Di Hati disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Azalea TV3 mulai 14 Mac 2013. Antara pelakon yang membintangi drama 20 episod ini ialah Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Milan, Faralyna Idris, Salina Saibi, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan, Kuna, Adam Shah dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Duri Di Hati Episod 15 secara online di sini.

 Sinopsis Drama Duri Di Hati Episod 15  
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.  

Video Youtube Duri Di Hati Episod 15  
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Duri Di Hati Episod 14

 
Drama Duri Di Hati disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Azalea TV3 mulai 14 Mac 2013. Antara pelakon yang membintangi drama 20 episod ini ialah Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Milan, Faralyna Idris, Salina Saibi, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan, Kuna, Adam Shah dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Duri Di Hati Episod 14 secara online di sini.

 Sinopsis Drama Duri Di Hati Episod 14  
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.  

Video Youtube Duri Di Hati Episod 14  
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Duri Di Hati Episod 13

 
Drama Duri Di Hati disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Azalea TV3 mulai 14 Mac 2013. Antara pelakon yang membintangi drama 20 episod ini ialah Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Milan, Faralyna Idris, Salina Saibi, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan, Kuna, Adam Shah dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Duri Di Hati Episod 13 secara online di sini.

 Sinopsis Drama Duri Di Hati Episod 13  
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.  

Video Youtube Duri Di Hati Episod 13  
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Duri Di Hati Episod 12

 
Drama Duri Di Hati disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Azalea TV3 mulai 14 Mac 2013. Antara pelakon yang membintangi drama 20 episod ini ialah Amar Asyraf, Hairi Safwan, Marsha Milan, Faralyna Idris, Salina Saibi, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan, Kuna, Adam Shah dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Duri Di Hati Episod 12 secara online di sini.

 Sinopsis Drama Duri Di Hati Episod 12  
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.  

Video Youtube Duri Di Hati Episod 12  
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Keputusan Johor Darul Takzim vs Terengganu 30 Mac 2013

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos malam tadi. Skuad Johor Darul Takzim (DT) menebus kehampaan lalu apabila menang bergaya ke atas pasukan Terengganu dengan jaringan 3-2.

Jaringan pembukaan bagaimanapun dijaringkan terlebih dulu oleh pemain tinggi lampai dan berbisa Terengganu, Effa Owana Jean Emmanuel pada minit ke-10.

Gol Johor DT hanya hadir pada minit ke-36 menerusi penyerang sensasi Johor, Daniel Guiza yang menggegar gol lawan menerusi tendangan penalti selepas pemain Terengganu, Rosdi Talib menjatuhkan Nurul Azwan Roya dalam kotak penalti.

Guiza sekali lagi menggegar stadium yang dihadiri lebih 30,000 penonton dengan merembat masuk gol pada minit ke-45.

Memasuki babak kedua perlawanan, Johor DT membolosi gawang buat kali ketiga melalui Nurul Azwan Roya namun selang enam minit kemudian, Effa Owana menyumbat gol kedua Terengganu.

Kemenangan ini sekali gus menutup aib Johor DT akibat kekalahan memalukan 1-4 kepada skuad Selangor dalam perlawanan terdahulu di Stadium Shah Alam pada 9 Mac lalu.

Turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan malam ini ialah Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan anakanda-anakandanya Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Idris.

Sadis! Remaja Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tidak Membayar Tambang Teksi

Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.

Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu. Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. Di Mexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 13 (Akhir)

Fear Factor Selebriti Malaysia disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam bermula pada 29 Disember 2012 di Astro Ria dan Astro Mustika HD. Fear Factor Selebriti Malaysia melibatkan 30 selebriti yang membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Rancangan 13 episod ini akan memaparkan dua cabaran yang mereka harus lalu setiap episod. Saksikan Video Youtube Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 13 (Akhir) secara online di sini.

Video Youtube Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 13 (Akhir)

(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Ezad Exist & Nor Azeana

Semalam, 30 Mac 2013 telah berlangsung majlis pernikahan bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim dengan seorang wanita yang dipilih oleh ibunya, Nor Azeana Haji Ramli. Kelihatan sayu pada wajah Ezad setelah dijabkabulkan. Majlis pernikahan mereka berlangsung jam 10.40 pagi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Haji Ramli Talib dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.

Video Super Lawak Shae A vs Shae B

Nampaknya, mak nyah yang digelar penyanyi sebenar lagu "SAYANG" nyanyian Shae ini telah mendapat perhatian ramai dan pastinya beliau sudah popular.

Bukan sahaja popular di internet, beliau juga telah mendapat perhatian DJ radio seperti Halim Othman yang siap mempelawa pendengar untuk mencari video "Penyanyi Sebenar Lagu Sayang".

Betul, Mazeer dengar dengan telinga sendiri Halim Othman suruh cari dekat Youtube yang ketika itu beliau ditemani oleh Kak Adibah Noor. Terbaru, MeleTOP memuatnaik video perlawanan antara Shae A menentang Shae B.

Agak-agak korang, siapa yang akan mendapat rating tertinggi dan seterusnya dapat merangkul gelaran penyanyi sebenar lagu sayang? Korang saksikan dan nilaikan sendiri ye.

Tonton Lawak Ke Der 2 Full Movie

Jom tonton filem Lawak Ke Der 2 secara online di sini. Lawak Ke Der 2 adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac dan filem ini mencatat sejarah di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam.

Tonton Lawak Ke Der 2 Online

Wanita Maut Leher Tertusuk Besi

Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya tertusuk sebatang besi sepanjang setengah meter yang dipercayai terpelanting dari sebuah lori arah bertentangan ketika sedang memandu di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, mangsa, V Inthirani, 50, bersama adiknya, V Thilaga, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thilaga berkata, sebelum kejadian, dia menyedari kereta mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan yang tidak membawa muatan.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting ke arah kereta kami sebelum menembusi cermin bahagian hadapan.

"Pada masa sama, kereta dipandu kakak hilang kawalan dan berpusing sebelum terhenti di tepi jalan," katanya.

Thilaga berkata, semuanya berlaku dalam sekelip mata dan apabila menoleh ke kanan, dia tergamam melihat baju Inthirani berlumuran darah sambil dia memegang sebatang besi yang terpacak di lehernya. "Ketika itu kakak berada dalam keadaan separuh sedar. Saya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang menghulurkan bantuan," katanya.

Bagaimanapun, menurut Thilaga, dia hanya mampu menangis apabila orang ramai memberitahu kakaknya sudah tidak bernyawa.

“Peristiwa itu berlaku terlalu pantas dan saya sangat sedih kejadian yang tidak disangka-sangka itu meragut nyawa kakak saya.

“Malah paling menyedihkan, cuma beberapa minit saja lagi kami sepatutnya dah sampai ke rumah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian dan punca sebenar masih dalam siasatan.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan lori yang terlibat dan sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diharap dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya.

Abang 'Ratah' Adik Perempuan Hingga Lahirkan Anak

http://3.bp.blogspot.com/-P45CUHNdWYg/UVQCN9Ahr9I/AAAAAAABBMk/QKPJTEsmE0s/s1600/rap.jpg
Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktober 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.

Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf.

Dazrin & Hairul Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013

Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul.

Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu.

"Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang.

"Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami," kata Dazrin pada sidang media di sini. Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir.

Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu.

Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan.

Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As’ari.

Video Zulkifli Noordin Hina Agama Hindu Tersebar

http://3.bp.blogspot.com/-p-tEi-qSg1M/UVVfRiNEwHI/AAAAAAABc5E/sC15mvhWSic/s1600/zulkulim1.jpg
Ahli Parlimen Kulim, YB Zulkifli Noordin telah menghina agama Hindu dengan mempersoalkan konsep ketuhanan dan kesucian agama itu dalam satu ceramah. Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli yang juga merupakan Naib Presiden PERKASA telah memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Beliau mengimbas kembali perbualannya dengan seorang penjaga dewa Hindu di kawasan Masjid India di Kuala Lumpur yang perniagaan telah dilanda banjir.

Menceritakan bagaimana seorang peniaga India yang menjual kalungan dan dewa-dewa Hindu di kawasan Masjid India ketawa apabila dia bertanya kepada peniaga kenapa dewa Hindu tidak melindungi kedai. "Saya bertanya, Tuhan dilanda banjir dan dia berkata 'ya'." Katanya.

Zulkifli kemudian berkata tuhan sepatutnya tidak dilanda banjir.

Lagi apa dia kata.. korang tengoklah dalam video di bawah ni...


Ni dari surah Al-An'am ayat 108.. terima kasih buat yang sudi mengingatkan...

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. "

Ngeri! Lelaki Maut Dihempap Cerucuk Besi 10 Tan

http://4.bp.blogspot.com/-zpm2URubne0/UVZpAuo6rWI/AAAAAAABc80/5BfvPRxqaqE/s1600/maut1.jpg
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam. Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

“Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah,” katanya.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.

http://2.bp.blogspot.com/-T6fpHpDSJLo/UVZoMYhlzMI/AAAAAAABc70/BgxQzoOghUE/s1600/1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-RTP6RTfwJrw/UVZoMhpxdcI/AAAAAAABc78/ZNagbh9kLBA/s1600/2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-SKNRcOrV7s4/UVZoR5TYxhI/AAAAAAABc8E/PDdEm8i66K8/s1600/5.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-bc454yvIN1s/UVZoR4tEsXI/AAAAAAABc8I/DSFLUBfxAlQ/s1600/3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-p8kJ7CoL_Ew/UVZoYSUF4UI/AAAAAAABc8U/3D4laAYDaUA/s1600/7.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-kiTGVUdKo38/UVZoYUGK5PI/AAAAAAABc8Y/p09lyGsqnYc/s1600/6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-I7O1bSJhjOw/UVZodzwGTZI/AAAAAAABc8k/5ZinsGBiuL8/s1600/8.jpg

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7

on Friday, March 29, 2013

 
Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan menemui penonton setiap Jumaat di slot Zehra TV3 jam 9 malam bermula 29 Mac 2013. Drama 13 episod ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7 secara online di sini.

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4

 
Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia akan menemui penonton setiap Jumaat di slot Zehra TV3 jam 9 malam bermula 29 Mac 2013. Drama 13 episod ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4 secara online di sini.

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Live Streaming ATM vs Kelantan 29 Mac 2013

 
ATM akan berdepan Kelantan dalam aksi Liga Super 2013 setelah Liga Malaysia berehat beberapa minggu bagi memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa. Saksikan siaran langsung ATM vs Kelantan 29 Mac 2013 menerusi Astro Arena 801 pada jam 8.45 malam. Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton secara live di kaca tv, anda juga boleh menontonnya secara online menerusi link live streaming di sini.

Live Streaming ATM vs Kelantan 29 Mac 2013 

Keputusan Semasa ATM vs Kelantan 29 Mac 2013  
ATM [0] - [0] Kelantan

Biasiswa Lepasan SPM 2013

Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM 2012 yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Kami harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda memilih biasiswa yang paling sesuai untuk anda.

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2013

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
Biasiswa Petronas, Malaysia
Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
Biasiswa FELDA, Malaysia
Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
Biasiswa Sime Darby, Malaysia
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
Biasiswa Maybank, Malaysia
Biasiswa Proton, Malaysia
Biasiswa Shell, Malaysia
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Biasiswa New Zealand Commonwealth
Biasiswa Singapura
Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
The UEM Scholarship Programme
Biasiswa Romania
Biasiswa Taylor’s World Class
Biasiswa Astro
Program Penajaan Pendidikan Petronas
Hong Leong Foundation Scholarship Programme
British Council IELTS Scholarship
The Titijaya Scholarship Fund
Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
Biasiswa Yayasan TM
AMCHAM-MACEE Scholarship Program
Limkokwing Scholarship Award
Gamuda Scholarship Award
Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
The Star Education Fund
Securities Commission Malaysia Scholarship Award
Program Tajaan Khazanah Global
Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
Sin Chew Daily Education Fund
ASEAN Scholarships for Malaysia

Sinopsis Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia TV3

Drama terbaru di Slot Zehra TV3 bertajuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia akan menggantikan drama Hanya Padamu bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia TV3
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

(TAHNIAH) Irma Hasmie Kini Bergelar Ibu

Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer kerana telah bergelar ibu dan ayah. Wah berat tu bayi mereka hampir 4kg, mesti comel kan.

Irma Hasmie telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 8.51 pagi tadi disambut oleh suami tercinta Redza Syah Azmeer.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitter Redza Syah Azmeer beberapa minit yang lalu. Berikut adalah gambar print screen dari laman Twitter suami Isma Hasmie.

Gambar Anak Irma Hasmie dan Redza Syah, Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama.
Gambar Anak Irma Hasmie dan Redza Syah, Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Anak Pertama.
 
© OneNewsHub All Rights Reserved