Permohonan Biasiswa MARA 2013

on Friday, March 29, 2013

 
Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:  

Maklumat Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2013.  

Program Yang Ditawarkan
  • Program Ijazah Luar Negara
  • Program Ijazah Dalam Negara
  • Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA
  • Muat turun senari lengkap program di sini
Syarat Kelayakan
  • Terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia dimana salah seorang ibu ATAU bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 buat kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
  • Lihat syarat penuh mengikut program di sini
Jumlah Biasiswa
  • Tidak dinyatakan
Tarikh Tutup Permohonan
  • 28 Mac 2013
Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar
  • Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 atau muat turun file pdf ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved