Sinopsis Drama Karlos - Slot Aksi TV3

on Monday, March 4, 2013

Drama Karlos akan mengisi slot Aksi TV3 mulai 4 Mac 2013 menggantikan drama Spy M. Antara pelakon yang membintangi drama 13 episod ini ialah Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir. Saksikan drama siri slot aksi terbaru Karlos bermula 4 Mac ini, setiap hari Isnin jam 9.00 malam di TV3.

Sinopsis Drama Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid. Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek. Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved