Esei Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia

on Sunday, April 7, 2013

Ini adalah contoh esei bertajuk Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia. Esei ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 bagi Tugasan 2. Panjang esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur-unsur patriotisme. Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Nota: Esei ini sebagai panduan sahaja. Jangan tiru bulat-bulat.

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.

Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.

Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.

Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.

Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan.

Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini, kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.
Ranking: 5

{ 37 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

boleh x mintak idea untuk buat esei macam nie tentang nasi lemak


April 7, 2013 at 11:16 PM
Anonymous said...

saya nk esei tentang bahulu.. boleh x????


April 12, 2013 at 9:57 AM
Anonymous said...

bahasa esei in sangat tinggi..budak tgkn 3 boleh kah buat ayat spt ni...macam x boleh ja...sebagai panduan kira ok la


April 14, 2013 at 1:37 PM
Anonymous said...

boleh x bagi karangan yang lebih mudah difahami...macam susah nk faham la


April 14, 2013 at 1:39 PM
Anonymous said...

Pening


April 15, 2013 at 8:44 PM
Moon Slayer said...

kalau kajian tentang goreng pisang boleh tak ???


April 17, 2013 at 6:43 PM
Azlin Shazwani said...

terima kasih...
ia amat berguna kepada saya...
^_^


April 20, 2013 at 3:57 PM
Anonymous said...

Thank you alot


April 20, 2013 at 5:20 PM
Anonymous said...

thanks a lot


April 20, 2013 at 5:21 PM
Anonymous said...

wonder who wrote this....


April 20, 2013 at 5:21 PM
Anonymous said...

Arigatou gozaimasu~~


April 21, 2013 at 8:51 PM
Anonymous said...

Adui pening kepala nak kena buat esei. Anyway thanks a lot :) cuma bahasanya terlalu tinggi, saya pun x mmpu nk buat :(


April 22, 2013 at 11:20 AM
Proz Focz said...

I'm impressed,Thanks a lot friend


April 23, 2013 at 3:28 PM
Anonymous said...

Omg omg mcm ne nak buat kalau utk kuih?


April 23, 2013 at 4:44 PM
Anonymous said...

Thanks a lot :)


April 23, 2013 at 6:36 PM
Anonymous said...

copy paste bulat laa


April 28, 2013 at 6:00 PM
Anonymous said...

esei mantap....ambik karangan ni tapi ubah cket ayat dan perkataan..thanks!!!


April 29, 2013 at 9:37 PM
Princess Seohyun's Diary said...

sye....nk tiru ni...skit na..!
eseiyang mntap


May 2, 2013 at 9:20 PM
diana said...

panjang sangat la. agak susah untuk difahami.


May 5, 2013 at 1:34 PM
Anonymous said...

Yeah...siap pon folio..terima kasih bnyk2.. Jasamu biar Allah saja yg memblsnya..semoga Allah memberi rezeki yg melimpah ruah kpdmu wahai hamba Allah.. Aminnn,,


May 5, 2013 at 11:45 PM
Anonymous said...

bagos ,esei ni sye nak :)


May 6, 2013 at 11:34 AM
Anonymous said...

Wahh ,, :D ! terima kasih bnyak2 ! it realy damn helpful fOr me :) ! finally , dOne wit muh folio :D ! thanks alots :) ! may god bless yOuh ! thanks alots :) !


May 7, 2013 at 7:51 PM
Anonymous said...

this is way too damn good for a form 3 student to write...
the words are too berkualiti...
don't have other example??


May 9, 2013 at 8:46 PM
Anonymous said...

camne nk buat psl batik


May 16, 2013 at 8:51 PM
Anonymous said...

Assalamualaikum... Boleh saya mintak tlong x?


May 20, 2013 at 12:12 PM
Anonymous said...

esei tentang pembuatan keris?


May 20, 2013 at 6:51 PM
Anonymous said...

Soalan mengelirukan! Tugasan bg pengalaman unsur patriotism. Soalan kegiatan ekonomi. Jawapan nk nilai-nilai. -.-


May 27, 2013 at 9:16 PM
hafiedz putra said...

ini senarai kandungan kan ?


May 30, 2013 at 11:09 AM
Haznita Sofia Ismail said...

salam kepada empunya belog nak tumpang tengok sikit nih....wat panduan...tq...


May 31, 2013 at 8:48 PM
Anonymous said...

tada benda lain ke


June 4, 2013 at 10:10 AM
Anonymous said...

Tolong Buat Esei Char Koay Teow Boleh x?


June 6, 2013 at 4:53 PM
Anonymous said...

kenapa esei nie panjang sangat,saye kene tulis tangan tau dak!


June 9, 2013 at 11:03 PM
Anonymous said...

tidak jelas..


June 12, 2013 at 9:44 PM
AnessaNaim said...

GILA COOL>> I LOVE SEJARAH


June 15, 2013 at 4:26 PM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved