Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

on Thursday, April 18, 2013

Kepada semua kakitangan awam, anda kini boleh memiliki rumah pertama dengan kos mampu milik. Berikut adalah maklumat penting dan cara mohon rumah 1Malaysia bagi kakitangan kerajaan.

Tujuan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Kaedah Perlaksanaan

Daripada 10,336 unit keseluruhan Program PPA1M ini 5,239 unit akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., manakala 5,097 unit lagi akan dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras kepada pembangunan PPA1M termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara.

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8000.
  3. Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan.
  4. Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya.
  5. Tidak diisytiharkan muflis.

Borang Permohonan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia

Untuk mendapatkan borang sila klik Borang Online Perumaham Penjawat Awam 1Malaysia

Cara Hantar Borang PPA1M

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup bagi skim pembangunan PPA1M Fasa pertama adalah sehingga 9 Mei 2013

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppj.gov.my
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Miss Nasha Kamarudin said...

assalamualikum,
nak tanye saya bekerja di sekolah area serdang nak Tanya boleh mohon tak? saya hanya kerani sekolah sahaja .....
dari nornasyiha@gmail.com


April 19, 2013 at 12:23 PM
Admin said...

waalaikumussalam,

boleh jika permohonan saudara/i menepati semua syarat2 yang diberikan.


April 19, 2013 at 12:46 PM
PRASEKOLAH PARIT SAMSU MUAR said...

tak ke harge rumah yg betol2 mampu kami miliki yang hanya berjawatan rendah seperti kakitangan sokongan 2 (PAP / PRA / JAGA )...


April 19, 2013 at 4:45 PM
Ashiqin Abdullah said...

Salam... macam mana kita nak tahu sama ada permohonan kita berjaya atau tak?


May 9, 2013 at 9:37 AM
jellygamatteripang.com said...

informasi yang sangat menarik terima kasih sudah disampaikan !


August 1, 2013 at 11:55 AM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved