Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi TV9

on Friday, April 5, 2013

Kerancakan seleksi drama menarik di TV9 bakal diserikan lagi dengan kemunculan sebuah drama bersiri terbaru iaitu Cinta Jangan Pergi. Antara pelakon yang membintangi drama 26 episod ini ialah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob. Saksikan drama Cinta Jangan Pergi pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.

Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi TV9
Mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
Promo Video Drama Cinta Jangan Pergi TV9

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved