PRU-13: Wan Azizah Tidak Bertanding, Kata Anwar

on Thursday, April 4, 2013

PKR mungkin tidak akan menurunkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikutan hasratnya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ia berbeza dengan laporan minggu lalu bahawa Dr Wan Azizah, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.

Beliau tidak layak tanding kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Wan Azizah mempunyai kekuatan untuk memimpin parti namun telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar berkata demikian ketika ditemu bual oleh media antarabangsa mengenai nepotisme dalam PKR. “Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar.

Kenyataan yang dilakukan Anwar sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor.

Malah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga ada mengatakan bahawa Dr Wan Azizah layak menjadi menteri besar negeri itu.

Semalam, Anwar juga telah mengesahkan akan bertanding di Perak, di mana beliau akan meninggalkan Permatang Pauh.

Anak pasangan itu, Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved