Sinopsis & Trailer Filem Bikers Kental

on Friday, May 24, 2013

 
Bikers Kental merupakan filem genre aksi komedi arahan Helmi Yusof terbitan Tayangan Unggul. Antara pelakon Bikers Kental ialah Awie, Zizan Razak, Zul Ariffin Amirul, Bront Palarae, Harun Salim Bachik, serta dua pelakon dari Thai iaitu Nam Nueng dan Leeleng. Jangan lupa untuk menyaksikan filem Bikers Kental di pawagam berdekatan anda mulai 23 Mei 2013.

Sinopsis Filem Bikers Kental

Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

Video Trailer Filem Bikers Kental

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved