Video Youtube Sedetik Cinta Episod 23

on Tuesday, May 7, 2013

 
Drama Sedetik Cinta disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 mulai 3 April 2013. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Awal Ashaari, Hanez Suraya, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz, Puteri Fatin, Redzuan Hashim, Kathy Azean , Rosnah Johari, dan Sofian Bujang. Ikuti kesudahan drama Sedetik Cinta Episod 23 secara online di sini.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Episod 23

Mastura berkeras mahu Hisham memenuhi permintaan Tini. Dia tidak mahu hidup dengan ugutan demi ugutan Tini. Walaupun masih curiga dengan Tini, Hisham akhirnya akur. Apa yang berlaku kepada Hisham dan Rozita menjadi bahan sendaan Isya apabila Hakimi mempertahahkan rumahtangganya dengan Emy. Jika Hisham boleh berlaku curang pada Mastura, wanita yang amat dicintainya mengapa tidak dengan Hakimi kerana Hakimi sebenarnya membenci Emy dan menggunakan Emy untuk membalas dendam terhadapnya. Mereka bertengkar, Emy risau melihat apa yang berlaku. Emy merayu supaya Isya menerima hakikat yang berlaku tetapi Isya yang menganggap dirinya telah kehilangan segala-galanya, mendesak Emy meminta cerai daripada Hakimi. Fuad mendesak Sara menyerahkan surat perjanjian antara Rozita dengan rakan kongsinya yang menyebabkan Rozita kehilangan segala-galanya. Bagaimanapun Sara takut tindakannya nanti akan menimbulkan kemarahan Tini.

Video Youtube Sedetik Cinta Episod 23

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved