Video Youtube Teduhan Kasih Episod 1

on Friday, May 17, 2013

Drama Teduhan Kasih disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 mulai 15 Mei 2013. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Shah Iskandar, Liza Abdullah, Talha Harith, dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Teduhan Kasih Episod 1 secara online di sini.

Sinopsis Drama Teduhan Kasih Episod 1
Episod pengenalan ini dimulakan dengan pergaduhan antara Iffa dan suaminya Ryzal. Hanya kerana Iffa menghidangkan kari yang sudah sejuk. Teruk juga Iffa dibelasah oleh Ryzal pada malam itu. Sehinggakan berdarah bibirnya. Lebih menyakitkan apabila Ryzal menyumbat mulutnya dengan kari sehinggakan Iffa termuntah. Kemudian Ryzal keluar rumah dengan amaran jangan sekali-kali bertanya apa yang dia hendak buat. Iffa hanya mampu menangis ketika itu dan membubuh ubat luka. Ryzal punya angkara dia terus ke rumah ibunya, Puan Suraya dan terus membuat fitnah mengatakan dia mengesyaki isterinya Iffa mempunyai skandal dengan lelaki lain. Puan Suraya terus menyokong Ryzal kerana bagi Puan Suraya,... dengan background arwah ibu Iffa, Mashitah yang pernah menjadi GRO dan kemudian berkawin dan merampas suami orang memang tidak mustahil Iffa juga mewarisi perangai jahat ibunya "buat apa kau simpan lagi perempuan macam tu Ryzal," itu kata Puan Suraya.
Video Youtube Teduhan Kasih Episod 1

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

epal hijau said...

semoga menghiburkan lagi seleps ini


May 18, 2013 at 10:01 AM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved