Sinopsis Anugerah Dendam Yang Terindah

on Saturday, July 27, 2013

 
Sebuah filem terbaru berjudul ‘Anugerah Dendam Yang Terindah’ yang akan ditayangkan menerusi Astro first secara Eksklusif bermula pada 25 Julai 2013. Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, El – Faeza Al – Haq, Amar Bahrin dan ramai lagi menjadikan filem ‘Anugerah Dendam Yang Terindah’ wajib ditonton!

Sinopsis Anugerah Dendam Yang Terindah

Mengisahkan tentang Azman (30an) yang merupakan seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya memilih kasih dengan memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya Aril (lewat 20an). Segala kemahuannya Aril akan dituruti oleh ibunya sedangkan Azman pula sering dipinggirkan dan dihina.

Konflik terjadi apabila kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya dan sejak itu Azman menyimpan dendam serta membawa diri ke Australia.

Suatu perkara yang disangka berlaku, Izatul yang 6 bulan mengandung, terbang ke Australia untuk memujuk Azman pulang ke Malaysia, menjenguk ibunya dan adiknya yang sedang tenat akibat kemalangan jalan raya.

Untuk mengelakkan dirinya dibenci Azman, Izatul menceritakan segala-galanya kepada Azman mengenai perkahwinannya dengan Aril memandangkan Azman masih lagi menuduhnya mempermainkan sumpah janji cinta mereka. Izatul terpaka berkahwin dengan Aril untuk menutup malu kerana dia telah dirogol Aril.

Sebuah filem yang diterbitkan oleh Global station dan dibawah arahan Mohd Feroz Kadir serta skrip yang ditulis oleh Rozie Rashid ini bakal memberi sesuatu kelainan dan pengalaman hebat buat penonton dengan pelbagai babak dramatik yang diselitkan khas buat tontonan umum.

Jadi apakah kesudahan kehidupan Azman yang telah melalui pelbagai rintangan hidup? Bagaimana pula dengan Izatul setelah kematian suaminya? Adakah dia kembali bersam Azman?
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Norazura Zura said...

xde ke yg leh tgk o9 ??


July 31, 2013 at 3:03 PM

Post a Comment

 
© OneNewsHub All Rights Reserved